Cari:
Huawei Tawar Latihan dalam Sektor Maklumat dan Telekomunikasi di Indonesia
2017-03-28 14:27:10 CRI Cetak

Syarikat Huawei cawangan Indonesia menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan tujuh buah universiti Indonesia yang terkenal, antaranya termasuklah Universiti Indonesia dan Institut Teknologi Bandung di Jakarta semalam.

Usaha sama tersebut adalah untuk menjadikan projek SmartGen sebagai salah satu tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat Huawei di negara itu, di samping membantu membangunkan modal insan dalam sektor maklumat dan telekomunikasi.

Duta Besar China ke Indonesia, Xie Feng, Menteri Komunikasi dan Informatika Indonesia, Rudiantara dan Ketua Setiausaha Kementerian Riset, Teknologi dan Pendidikan Tinggi Indonesia, Aino telah menghadiri majlis menandatangani MoU itu.

Rudiantara merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada syarikat Huawei kerana menjalankan latihan teknologi telekomunikasi di Indonesia serta membantu Indonesia menghadapi cabaran dalam era transformasi digital.

Aino juga menyatakan sokongan terhadap kerjasama antara syarikat Huawei dengan universiti Indonesia.

Menurut beliau, kerjasama itu akan meningkatkan pengetahuan para pelajar, sekali gus meningkatkan bilangan dan kemampuan tenaga kerja profesional dalam sektor berkenaan.

Difahamkan, pada ketika ini, Huawei telah menubuhkan pusat latihan teknologi maklumat dan telekomunikasi, pusat inovasi serta dua makmal latihan inovasi di Indonesia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China