Cari:
Shaanxi China Promosi Kerjasama Ekonomi, Perdagangan dan Pelancongan di Kemboja
2017-03-28 14:51:45 CRI Cetak

Aktiviti mempromosikan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelancongan Shaanxi China-Kemboja telah diadakan di Phnom Penh semalam.

Menteri Perdagangan Kemboja, Pan Sorasak, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo dan Gabenor Provinsi Shaanxi, Hu Heping telah menghadiri aktiviti itu dan menyampaikan ucapan.

Xiong Bo dalam ucapannya berkata, pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dikemukakan oleh Presiden China, Xi Jinping telah menjadikan Shaanxi lebih terbuka kepada dunia luar, sekali gus menjadi perhatian masyarakat antarabangsa.

Tambah beliau, pada awal tahun ini, Menteri Pan Sorasak telah mengetuai delegasi ke Shaanxi untuk mengadakan aktiviti mempromosi perniagaan Kemboja.

Aktiviti tersebut membuka peluang kepada rakyat Shaanxi untuk mengenali Kemboja, di samping menjadi jambatan kerjasama dalam menyepadukan inisiatif B&R dengan strategi pembangunan Kemboja.

Xiong Bo berharap agar kedua-dua pihak dapat meneroka peluang kerjasama berdasarkan kelebihan masing-masing.

Pan Sorasak pula berkata, lawatan beliau ke Shaanxi pada awal tahun ini telah menggalakkan penubuhan pusat perniagaan Kemboja di bandar Xi'an.

Jabatan yang berkaitan akan terus memperkasakan hubungan dan komunikasi antara kedua-dua negara bagi menggalakkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China