Cari:
Syarikat China Melabur USD3.4 Bilion dalam Industri Petrokimia Brunei
2017-03-29 11:44:09 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan Hengyi Zhejiang, syarikat petrokimia swasta China baru-baru ini memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat pelaburan dalam industri petroleum dan petrokimia serta sektor-sektor yang berkaitan di Brunei Darussalam.

Perjanjian pelaksanaan projek petroleum dan petrokimia Pulau Muara Besar, Brunei Darussalam telah dimeterai antara Kumpulan Hengyi dan Hengyi Industries Sdn Bhd yang ditubuhkan oleh pihak Brunei dengan Jabatan Tenaga dan Jabatan Pertumbuhan Ekonomi Brunei Darusslam di Bandar Seri Begawan pada 27 Mac lalu.

Difahamkan, jumlah pelaburan bagi fasa pertama projek tersebut mencecah USD3.445 bilion (kira-kira RM15.22 bilion) dan jumlah penapisan minyak dijangka akan mencecah 8 juta tan pada setiap tahun.

Menurut perjanjian berkenaan, Hengyi akan mendapat sokongan kerajaan Brunei sepanjang pembinaan dan pelaksanaan operasi projek tersebut.

Selain itu, Hengyi juga dikehendaki menyediakan peluang pekerjaan dan membantu menggalakkan pelaburan syarikat asing ke negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China