Cari:
Perkhdimatan GPS Satelit Beidou China Sasarkan ASEAN
2017-03-31 14:41:50 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sistem Pandu Arah sejagat (GPS) Satelit Beidou yang dibangun dan dikaji oleh China akan menyediakan perkhidmatan kepada semakin banyak negara secara beransur-ansur .

Wuhan Optic Valley Beidou Holding Group Co., Ltd (Optic Valley Beidou) baru-baru ini menyatakan bahawa perkhidmatan GPS Beidou akan terlebih dahulu melebarkan sayapnya ke Thailand dan Sri Lanka.

Selepas itu, teknologi GPS Beidou akan diperkenalkan ke sepuluh negara anggota ASEAN dan negara-negara Asia dan Afrika yang lain.

Du Li, Pengurus Besar Optic Valley Beidou berkata, syarikatnya akan menginovasikan kaedah dalam menjalankan kerjasama teknologi antarabangsa dengan negara-negara berkenaan.

Sebelum ini, Optic Valley Beidou telah menubuhkan tiga buah Stesen Rujukan (CORS) Operasi Berterusan di wilayah Chonburi, Thailand pada Disember 2013.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China