Cari:
Lima Kumpulan Militan Myanmar Setuju Tandatangani Perjanjian Gencatan Senjata
2017-03-31 12:54:01 CRI Cetak

Menurut Kementerian Penerangan Myanmar terdapat lima lagi kumpulan militan etnik minoriti akan menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi ketika berucap malam semalam menyatakan bahawa lima kumpulan militan etnik minoriti daripada Majlis Persekutuan Kerakyatan Bersatu (UNFC) akan menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Setakat ini, terdapat 21 kumpulan militan etnik minoriti yang diiktiraf kerajaan Myanmar.

Sejak bulan November 2013, kerajaan Myanmar dan kumpulan militan etnik minoriti telah mengadakan rundingan damai sebanyak sembilan pusingan, dan akhirnya berjaya memeterai perjanjian gencatan senjata dengan lapan kumpulan pada bulan Oktober 2015.

UNFC terdiri daripada beberapa kumpulan militan etnik minoriti, antaranya termasuklah Pertubuhan Kemerdekaan Kachin (KIO), kumpulan yang paling berkuasa dalam UNFC masih belum menandatangani perjanjian gencatan senjata.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China