China dan ASEAN perlu meningkatkan kerjasama dan meluaskan lingkungan rakan-rakan bagi membina subkawasan.
Demikian menurut Penolong Menteri Luar China, Kong Xuanyou dalam seminar antarabangsa sempena meraikan ulang tahun ke-50 ASEAN.
Seminar yang bertemakan "permulaan dan peluang baharu" itu dianjurkan bersama oleh Pusat China-ASEAN dan Institusi Pengajian Isu Antarabangsa.
Menurut Kong Xuanyou, walaupun pemulihan ekonomi dunia masih perlahan dan arus yang menentang globalisasi terus wujud pada ketika ini, namun, ASEAN tetap menyumbang tenaga kepada integrasi serantau dan proses globalisasi.
Tambah Kong Xuanyou, China dan ASEAN perlu mengekalkan kedamaian dan menyediakan persekitaran kerjasama yang baik.
Kedua-dua pihak perlu komited dalam melaksanakan Deklarasi Tatalaku Pihak-Pihak Berkepentingan di Laut China Selatan (DOC).
China berharap semua pihak terbabit akan bersama-sama memelihara keamanan dan kestabilan serantau tanpa gangguan pihak luar.
Selain itu, negara-negara ASEAN adalah kawasan dan rakan kerjasama China dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).
Kedua-dua pihak diharap dapat merebut peluang tersebut, di samping menyelaraskan rancangan pembangunan, mengintensifkan kesalinghubungan dan kerjasama kapasiti industri demi mewujudkan kerjasama yang saling menguntungkan dan menang-menang.
Naib Setiausaha Agung ASEAN, Akp Mochtan telah mengimbas kembali perkembangan ASEAN dalam tempoh 50 tahun yang lalu.
Beliau berharap dapat menggalakkan kerjasama pragmatik dengan China dalam bidang perdagangan, pelaburan, pendidikan, kebudayaan dan pelancongan.