Demikian dinyatakan oleh tentera kerajaan Filipina pada 31 Mac lalu.
Restituto Padilla, Jurucakap tentera kerajaan Filipina berkata, tenteranya berdepan dengan kira-kira 30 orang anggota NPA ketika bertugas di wilayah Quezon pada petang 30 Mac lalu, kemudian kedua-dua pihak mencetuskan pertempuran.
Silvestre Bello, Setiausaha Buruh dan Tenaga Kerja Filipina yang juga wakil kanan delegasi kerajaan ketika diwawancara oleh media tempatan berkata, konflik kali ini tidak akan mempengaruhi rundingan damai yang dijadualkan dipulihkan pada awal April ini.
Namun, kerajaan tidak akan mengumumkan lagi pelaksanaan gencatan senjata secara sepihak, kerana Presiden Rodrigo Duterte berharap agar perjanjian gencatan senjata bilateral dapat dicapai secepat mungkin.