Cari:
Aktiviti Kebudayaan China Diperkenalkan ke ASEAN Mulai Thailand
2017-04-01 13:53:06 CRI Cetak

Program Kebudayaan China Diperkenalkan ke ASEAN telah dilancarkan di Pusat Kebudayaan China di Bangkok, Thailand malam semalam.

Timbalan Perdana Menteri Thailand, Wissanu Krea-ngam ketika berucap dalam majlis perasmian menyatakan bahawa Thailand dan China mempunyai persahabatan yang kuat dan tulus, kerajaan Thailand menggalakkan rakyatnya mengenali kebudayaan China pada zaman purba dan juga perlu mempelajari kebudayaan dan pengetahuan China pada zaman ini.

Dalam majis perasmian itu, Naib Menteri Luar China Liu Zhenmin pula menyatakan bahawa beliau berharap aktiviti itu dapat menunjukkan kecemerlangan kebudayaan China, meningkatkan pertukaran kebudayaan dan kesenian China dengan Thailand, menambah persefahaman dan mengerat persabahatan tradisional di kalangan rakyat kedua-dua negara.

Aktiviti anjuran Percetakan Hal-ehwal Dunia (World Affairs Press) China tersebut diadakan di Thailand dan Laos pada 31 Mac hingga 4 April. Selain pertunjukan kesenian, ceramah kebudayaan "Cerita China" dan pameran buku, karya kaligrafi dan lukisan China akan turut diadakan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China