Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia (Kemendikbud) menyatakan bahawa Festival kali ini diharap dapat menjadi platform untuk mengintesifkan pertukaran dan kerjasama dalam sektor kebudayaan antara Indonesia dengan China.
26 buah mikrofilem yang digambarkan dan diterbitkan oleh panel-panel penggambaraan pelajar dari beberapa institut pengajian tinggi Indonesia serta para pelajar Indonesia yang melanjutkan pelajaran di Beijing, Fujian dan Guangdong, China bersaing dalam pertandingan festival kali ini.
Mikrofilem yang digambarkan di Indonesia dan China tersebut menceritakan pengalaman belia Indonesia mengenai pemahaman dan pengiktirafan mereka terhadap kebudayaan China, selain pengalaman belajar dan bekerja.