Cari:
Perintah Berkurung Dilanjutkan di Sabah
2017-04-06 11:34:41 CRI Cetak

Untuk mencegah serangan ganas dilakukan kumpulan militan Abu Sayyaf dari bahagian selatan Filipina, perintah berkurung di Sabah, Malaysia dilanjutkan hingga 20 April ini. Demikian dinyatakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din.

Perintah berkurung tersebut dilaksanakan di kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.

Datuk Ramli Din berkata, mereka yang tinggal di kawasan berkenaan diminta berada di dalam rumah dan orang lain tidak dibenarkan memasuki kawasan perairan itu antara jam 6 petang hingga 6 pagi sepanjang tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat perisikan, kumpulan militan Abu Sayyaf masih cuba memasuki timur Sabah bagi melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.

Menurutnya, perintah berkurung itu juga bagi memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot serta menimbulkan rasa selamat dan yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran kapal anggota keselamatan di sekitar kawasan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China