Cari:
Thailand Berazam Bina Pusat Sukan Sedunia
2017-04-06 13:50:21 CRI Cetak

Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand, Kobkarn Wattanavrangkul baru-baru ini menyatakan bahawa pihaknya akan melaksanakan strategi untuk merangsang peningkatan ekonomi melalui pelancongan sukan. Matlamat mereka adalah menjadikan Thailand pusat sukan dunia dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Kobkarn berkata, pihaknya akan berusaha dalam lima aspek untuk mencapai cita-cita tersebut. Pertama, mengadakan temasya sukan peringkat dunia di Thailand; kedua, mengadakan aktiviti sukan yang dapat menarik penyertaan ramai seperti perlumbaan maraton dan basikal; ketiga menggalakkan pembinaan venue peringkat dunia; keempat membina Thailand sebagai pusat latihan sukan peringkat dunia; dan kelima, menganjurkan persidangan seminar sukan peringkat dunia.

Kini, kira-kira sejuta atlet terlibat dalam pelbagai aktiviti dan pertandingan sukan yang diadakan di Thailand setiap tahun. 20 peratus daripada mereka adalah atlet asing. Kadar ini dijangka akan meningkat kepada 30 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China