Cari:
Kemboja Ingin Guna Wechat Pay
2017-04-06 11:31:47 CRI Cetak

Ketua Pengurus Jabatan Pos Kemboja, Ork Bora memberitahu wartawan bahawa pihaknya merancang untuk menubuhkan syarikat pembelian melalui internet dan menggunakan Wechat Pay sebagai cara pembayaran dalam talian pada separuh kedua tahun ini.

Menurutnya, syarikat Cambodia Post E-Solution yang dibawah jabatannya akan memulakan perkhidmatan pada tahun ini. Urus niaganya melibatkan perkhidmatan dalam talian seperti beli-belah, membeli tiket, membayar, bank, dan pentadbiran elektronik.

Wechat di bawah syarikat Tencent China telah mengadakan tinjauan terhadap pasaran pembayaran antarabangsa di Kemboja pada hujung Mac lalu. Mereka berharap agar Wechat Pay dapat digunakan di negara itu demi memudahkan pembayaran orang ramai, khususnya pelancong China di negara itu, serta mengelakkan risiko membawa wang tunai dalam jumlah besar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China