Jalan raya No.6A Kemboja, yang dibina dengan pinjaman China dirasmikan semalam. Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, Duta Besar China ke Kemboja, Xiong Bo telah menghadiri upacara perasmian.
Xiong Bo menyatakan bahawa jalan raya No.6 dianggap sebagai laluan pengangkutan yang paling sibuk di Kemboja. Ia menyambungkan Phnom Penh dengan Angkor Wat hingga ke sempadan barat laut negara itu. Koridor ekonomi yang penting ini telah menyaksikan hasil cemerlang kerjasama China-Kemboja dalam bidang infrastruktur.
Kerjasama seumpama ini akan terus dilaksanakan.
Hun Sen menyampaikan ucapan terima kasih terhadap kepada China yang sentiasa memberikan bantuan kepada pembangunan infrastruktur negaranya. Beliau berkata, jalan raya No.6A akan menggalakkan pembangunan ekonomi, memperbaiki pengangkutan dan mempercepat pembasmian kemiskinan di Kemboja. Penggunaan jalan ini juga akan menjimatkan kos waktu perjalanan rakyat tempatan, menggalakkan pembangunan ekonomi, pelaburan dan pelancongan di kawasan terbabit.