Cari:
Raja Thailand Tandatangani Perlembagaan Baharu
2017-04-07 11:52:15 CRI Cetak

Raja Thailand Maha Vajiralongkorn telah menandatangani perlembagaan baharu di Istana Dusit Maha Prasad, Bangkok semalam.

Majlis penandatanganan perlembagaan tersebut diadakan pada pukul 3 petang dan disiarkan langsung melalui televisyen kepada seluruh negara.

Draf perlembagaan baharu itu diluluskan dalam pungutan suara kebangsaan pada 7 Ogos 2016 dan diserahkan kerajaan Prayut kepada Raja untuk ditandatangani pada awal November lalu.

Namun, Raja Maha Vajiralongkorn mahu kabinet meminda fasal yang melibatkan kuasa raja pada Januari lalu. Oleh itu, draf tersebut dipulangkan kepada Kabinet untuk dipinda semula.

Menurut peta garis politik yang dijanjikan kerajaan Prayut, pilihan raya umum akan diadakan pada penghujung tahun ini menurut perlembagaan baharu. Ini merupakan pilihan raya pertama sejak berlakunya rampasan kuasa pada 2014.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China