Presiden Myanmar, U Htin Kyaw tiba di Chengdu, provinsi Sichuan China semalam untuk mengadakan lawatan pertama di negara ini.
Atas undangan Presiden China, Xi Jinping, U Htin Kyaw akan mengadakan lawatan negara pada 6 hingga 11 April ini. Sichuan ialah destinasi pertama dalam rangka lawatannya.
Delegasi lawatan Myanmar kali ini terdiri daripada lebih 30 orang termasuk Menteri di Jabatan Penasihat Negara, Menteri Perdagangan dan Menteri Pembinaan.
Provinsi Sichuan terletak di barat daya China yang berdekatan dengan Myanmar. Banyak ahli perniagaan dari Sichuan telah melabur di Myanmar. Kedua-dua pihak telah menjalinkan kerjasama dalam pertanian dan pembinaan.