Cari:
IHEP Meterai Memorandum Kerjasama dengan Tiga IPT Thailand
2017-04-08 14:29:39 CRI Cetak

Insititut Fizik Tenaga Tinggi Akademi Sains China (IHEP) memeterai memorandum kerjasama sains dengan tiga buah institut pengajian tinggi (IPT) Thailand, iaitu Universiti Chulalongkorn, Universiti Teknologi Suranaree dan Institut Pengajian Astronomi Kebangsaan Thailand, di Beijing semalam. Ini bagi menyediakan peluang kepada saintis kedua-dua negara mengadakan pertukaran dan kerjasama dan berkongsi pengalaman dalam beberapa bidang.

Puteri Maha Chakri Sirindhorn telah menyaksikan pemeteraian dan mengunjungi beberapa makmal IHEP.

Ketua IHEP, Wang Yifang menyatakan bahawa penjalinan hubungan kerjasama dengan badan pengajian Thailand merupakan langkap penting bagi pembangunan IHEP. Kedua-dua pihak mempunyai banyak persamaan dalam bidang penyelidikan dan beliau menantikan kejayaan kerjasama dengan para saintis dari Thailand.

Canselor Unversiti Chulalongkorn, Profesor Bundhit Eua-arporn berkata, masa depan ilmu fizik tenaga tinggi sedang beralih dari Eropah ke Asia. IHEP merupakan salah satu badan pelopor yang paling berpengaruh dalam bidang ini. Kerjasama dengan IHEP pasti akan meningkatkan taraf penyelidikan ketiga-tiga IPT di Thailand itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China