Cari:
Duta Besar Indonesia: ASEAN Utamakan Hubungan Rakan dengan China
2017-04-08 14:34:50 CRI Cetak

ASEAN mengutamakan perkembangan hubungan rakan dengan China. Kerjasama antara ASEAN dengan China dalam bidang ekonomi, perdagangan, pendidikan, kebudayaan, pelancongan dan lain-lain terus dipergiat dan membawa faedah yang benar-benar kepada rakyat pelbagai negara.

Demikian dinyatakan oleh Duta Besar Indonesia ke China, Soegeng Rahardjo ketika menyampaikan ucapan yang bertemakan "meningkatkan kerjasama strategik, memelihara kedamaian dan kestabilan serantau" di Universiti Qinghai, bandar Xining, Provinsi Qinghai pada 6 April lalu.

Menurut beliau, Presiden China Xi Jinping menyatakan kesediaan untuk membina Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 bersama-sama negara-negara Asia Tenggara ketika beliau melawat ke Indonesia pada tahun 2013. Inisiatif tersebut bersesuaian dengan strategi Indonesia "Poros Maritim Dunia" yang dikemukakan oleh Presiden Joko Widodo dan memperluas peluang kerjasama untuk kedua-dua pihak.

Beliau menambah, Indonesia mengalu-alukan pembangunan China yang terus menjana tenaga baharu kepada kemakmuran dan kestabilan serantau. Indonesia juga akan terus meningkatkan hubungan rakan dengan China berdasarkan prinsip sama rata, saling menguntungkan dan saling menghormati bagi menwujudkan pembangunan bersama kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China