Naib Presiden Lembaga Pengarah Kuil Mazu Meizhou, Lin Jinzan berkata persiapan bagi pameran jelajah patung emas Mazu dari Kuil Mazu di Meizhou, bandar Putian, provinsi Fujian China ke Asia Tenggara tahun ini telah dimulakan. Tempat pameran termasuk Malaysia dan Singapura. Destinasi pertama ialah Istana Thean Hou di Malaysia.
Forum Kebudayaan Mazu Dunia Pertama berjaya diadakan di bandar Putian pada November tahun lalu. Lin Jinzan memberitahu wartawan bahawa Forum Kebudayaan Mazu Dunia Kedua sedang dalam persiapan. Selain pameram jelajah patung emas Mazu tersebut, pelbagai aktiviti yang lain juga akan diadakan, termasuk "Mazu kembali ke kampung halaman", kembara budaya Mazu di pelbagai negara Laluan Sutera Maritim Abad ke-21.