Majlis pelancaran buku "China di Hati Min Thu Wun" edisi bahasa Mandarin dan Myanmar diadakan di Beijing semalam.
Htin Kyaw, anak kedua Min Thu Wun yang juga Presiden Myanmar, hadir merasmikan majlis pelancaran buku tersebut.
Htin Kyaw berkata, ayahnya telah menterjemahkan banyak karya sastera China yang unggul, yang mempunyai persamaan dengan karya sastera Myanmar.
Min Thu Wun merupakan penyair dan pengkritik sastera yang terkenal di Myanmar.
Buku "China di Hati Min Thu Wun" diterbitkan oleh Firma Penerbit Bahasa-Bahasa Asing, Kumpulan Penerbitan Antarabangsa China (CIPG). Radio Antarabangsa China (CRI) turut memberi sumbangan dalam menjayakan penerbitan buku tersebut.
Buku itu mengumpulkan karya-karya penulis tersohor, puisi klasik dan cerita rakyat China yang diterjemahkan oleh Min Thu Wun, selain artikel mengenai China yang dihasilkan beliau ketika melawat ke China pada tahun 1950-an hingga 1960-an.