Cari:
Mesyuarat Ke-18 Jawatankuasa Kerjasama Bersama China-ASEAN
2017-04-11 16:01:56 CRI Cetak

Mesyuarat ke-18 Jawatankuasa Kerjasama Bersama China-ASEAN diadakan di Jakarta, Indonesia semalam.

Wakil tetap sepuluh negara ASEAN ke Indonesia, pegawai kanan Sekretariat ASEAN dan wakil Kementerian Luar China menghadiri mesyuarat tersebut.

Mesyuarat itu dipengerusikan bersama oleh Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu dan Wakil Tetap Singapura, negara penyelaras hubungan China-ASEAN, Tan Hung Seng.

China dan ASEAN mengimbas kembali perkembangan perkongsian strategik dan hasil pelaksanaan Pelan Tindakan 2016-2020.

Xu Bu berkata, China berbesar hati melihat ASEAN terus bersatu padu, kekal dinamik dan mencapai pertumbuhan yang memberangsangkan. China menyokong pembinaan Komuniti ASEAN serta peranan utama ASEAN dalam kerjasama serantau.

China bersedia bersama-sama ASEAN memperkasakan Kerjasama dalam pelbagai bidang, di samping menggalakkan pelaksanaan Pelan Tindakan Ketiga Perkongsian Strategik China-ASEAN untuk membina komuniti berkongsi nasib China-ASEAN yang lebih kukuh.

Pihak ASEAN menyanjung tinggi usaha China dalam menyokong pembangunan ASEAN dan penubuhan Komuniti ASEAN. Dalam pada itu, Tan Hung Seng berkata, negara ASEAN mengalu-alukan China memainkan peranan yang lebih aktif untuk menggalakkan kestabilan dan kemakmuran serantau.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China