Cari:
Projek Saluran Paip Minyak China-Myanmar Beroperasi
2017-04-11 14:33:47 CRI Cetak

Projek saluran paip minyak mentah China-Myanmar mula beroperasi secara rasmi apabila 140 ribu tan minyak mentah yang dibawa sebuah kapal tangki minyak dibekalkan di pelabuhan Kyaukpyu, Myanmar, iaitu tempat permulaan saluran paip minyak tersebut, malam semalam.

Hal ini sekali gus menandakan bahawa kerjasama kedua-dua negara dalam bidang sumber tenaga kini memasuki tahap baharu, dan juga langkah penting bagi mengintensifkan kesalinghubungan infrastruktur antara China dengan negara-negara ASEAN.

Saluran paip minyak mentah China-Myanmar dibina melalui usasa sama Perbadanan Petroleum Kebangsaan China (CNPC) dan Syarikat Petroleum dan Gas Asli Myanmar.

Talian Paip sepanjang 771 kilometer itu dirancang melakukan penghantaran minyak sebanyak 22 juta tan setahun, di samping membekalkan 2 juta tan minyak mentah untuk Myanmar.

Projek saluran paip minyak itu juga melibatkan 178 buah program kebajikan sosial yang menelan peruntukan kira-kira USD23 juta, termasuk pembinaan sekolah, hospital, jalan raya, jambatan serta kemudahan pembekal air dan elektrik di Myanmar.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China