Cari:
Buku "Xi Jinping:Pentadbiran Negara" Versi Bahasa Kemboja Dilancarkan
2017-04-12 10:54:23 CRI Cetak

Majlis pelancaran buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" versi bahasa Kemboja diadakan di Pejabat Perdana Menteri di Phnom Penh semalam.

Majlis itu disertai kira-kira 700 orang termasuk Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen, pegawai kerajaan, sarjana, usahawan dan pelajar dari China dan Kemboja.

Hun Sen dalam ucapannya berkata, di bawah pimpinan Presiden Xi Jinping, China yang merupakan entiti ekonomi kedua terbesar di dunia telah memberikan sumbangan penting kepada pemulihan dan pembangunan ekonomi global.

Pelbagai saranan yang dikemukakan oleh China untuk mendorong proses globalisasi, kebebasan perdagangan dan kerjasama kapasiti pengeluaran di peringkat global, turut menyumbang kepada usaha membasmi kemisikinan dan pembangunan dunia.

Dalam pada itu, inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) memberi manfaat kepada dunia, khususnya negara-negara Asia dalam usaha menyempurnakan infrastruktur.

Kata beliau, buku tersebut telah mengumpulkan konsep-konsep penting Presiden Xi dalam mentadbir negara. Pegawai kerajaan, sarjana dan para pelajar dicadangkan membaca dan mendalami buku tersebut bagi menimba pengalaman daripadanya.

Buku "Xi Jinping: Pentadbiran Negara" telah memaktubkan 79 artikel antaranya ucapan, kenyataan, jawapan kepada wartawan serta surat tahniah yang disampaikan oleh Presiden Xi pada November 2012 hingga Jun 2014. Kini, sebanyak 6.2 juta jilid buku berkenaan dalam 16 jenis bahasa telah diterbitkan di pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China