Mesyuarat pertama mekenisme persidangan bersama peringkat duta besar Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) bagi 2017 diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia semalam. Duta Besar China ke ASEAN, Xu Bu menghadiri mesyuarat tersebut.
Mesyuarat tersebut memberi tumpuan kepada perbincangan mengenai pelaksanaan hasil EAS Ke-11, matlamat EAS Ke-12 serta kerja-kerja persiapan untuk Meyuarat Menteri Luar dan Mesyuarat Pegawai Kanan EAS.
EAS merupakan mekanisme persidangan tahunan dihoskan negara pengerusi bergilir ASEAN, yang dihadiri pemimpin dari 10 anggota ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, India, Australia, New Zealand, Rusia dan AS.