Cari:
Speaker Parlimen Indonesia Disyaki Terlibat Rasuah
2017-04-13 10:52:43 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia melarang Speaker Parlimen negara itu, Setya Novanto pergi ke seberang laut dalam tempoh 6 bulan akan datang.

Hal ini telah disahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Indonesia semalam.

Menurut jurucakap KPK, larangan itu dikemukakan kerana Setya Novanto disyaki terlibat dalam kes rasuah berkaitan program kad pengenalan elektronik.

Menurut indikmen yang dikeluarkan pihak pendakwa raya Indoneisa, Parlimen Indonesia mula mengadakan perbahasan terhadap belanjawan pembelian bagi program kad pengenalan elektronik pada bulan Julai dan Ogos tahun 2010. Belanjawan berkenaan ditetapkan bernilai 5.9 trilion rupiah, antaranya 51% diperuntukkan kepada pelaksaanan program kad pengenalan elektronik, manakala 49% ditawarkan sebagai "bonus" kepada puluhan orang yang terlibat termasuk ahli Parlimen, pegawai Kementerian Dalam Negeri dan usahawan daripada syarikat kerjasama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China