Cari:
EMU China Diterima Baik di Pasaran Malaysia
2017-04-18 15:01:57 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Kontrak pembelian dan penjualan 13 unit tren Elektrik Pelbagai Guna (EMU) kuasa hibrid dan 9 unit tren Pelbagai Guna (MU) moden telah dimeterai antara CRRC Zhuzhou Locomotive Co., Ltd. (CRRC ZELC) dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) di bandar Changsha, ibu kota provinsi Hunan baru-baru ini.

CRRC ZELC telah menunjukkan imej yang baik kepada pasaran Malaysia sejak syarikat itu menubuhkan kilang cawangannya di negara itu pada 2011 berikutan kualiti tinggi, perkhidmatan selepas jualan yang baik dan pelaksanaan operasi kaedah tempatan.

Luo Wei, ketua pengarah jabatan pembangunan komersial CRRC di Kuala Lumpur ketika diwawancara oleh pemberita CRI berkata, Malaysia merupakan pasaran yang amat penting bagi China kerana negara itu merupakan negara utama dalam pembinaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R).

CRRC diharap dapat berkembang dengan baik di Malaysia dan menjadi contoh terbaik dalam pasaran berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China