Cari:
Pesta Songkran di Kemboja Tarik Ramai Pelancong
2017-04-18 14:55:02 CRI Cetak

Menurut statistik jabatan pelancongan Kemboja semalam, semasa berlangsungnya Pesta Songkran selama empat hari di negara itu, aktiviti Songkran Angor Wat yang diadakan di kuil kuno Angor Wat telah berjaya menarik kedatangan ramai pelancong dari dalam dan luar negara sehingga jumlah perbelanjaan pelancong mencatat hampir USD100 juta (RM441 juta).

Menteri Pelancongan Kemboja, Tang Khun berkata, pada 13 hingga 16 April lalu, provinsi Siem Reap telah menerima kira-kira 1.6 juta pelancong, meningkat 22.73 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan yang diperoleh daripada tiket destinasi pelancongan mencatat lebih USD1.22 juta (RM5.38 juta), meningkat 104.64 peratus berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu.

Pesta Songkran merupakan pesta tradisional yang penting di Kemboja.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China