Cari:
CCB Tubuhkan Pusat Perkhidmatan Pembangunan Infrastruktur di Singapura
2017-04-19 14:05:19 CRI Cetak

China Construction Bank (CCB) mengadakan majlis bagi meraikan penubuhan Pusat Perkhidmatan Pembangunan Infrastruktur CCB, Pusat Pembiayaan Peribadi dan cawangan CCB di Singapura semalam.

Presiden CCB, Wang Zuji, Kuasa Usaha Sementara dari Kedutaan Besar China di Singapura, Fang Xinwen dan Menteri Pendidikan merangkap Menteri Pengangkutan Kedua Singapura, Ng Chee Meng turut hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

Wang Zuji menyatakan bahawa oleh sebab ekonomi sejagat mempunyai perkaitan yang erat, maka China dan Singapura akan terus meneroka kerjasama di pelbagai tempat dan bidang.

Usaha tersebut tentu akan memainkan peranan yang lebih penting dalam menggalakkan pembangunan ekonomi dunia, khususnya di kawasan Jalan Sutera.

Menteri Pendidikan Singapura, Ng Chee Meng dalam ucapannya berkata, beliau yakin akan pengaruh CCB di arena antarabangsa dan berharap pusat perkhidmatan tersebut akan terus mendorong syarikat China menjalankan urus niaga rentas sempadan melalui pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R), sekali gus meningkatkan dan menggalakkan perkhidmatan kewangan rentas sempadan antara Singapura dengan China.

Tambah beliau, syarikat China boleh bekerjasama dengan syarikat Singapura dan institusi kewangan Singapura serta jabatan kerajaan termasuk perusahaan antarabangsa Singapura untuk bersama-sama mendorong pembangunan inisiatif B&R.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China