Cari:
Wartawan China, ASEAN Kunjungi CRRC ZELC
2017-04-21 11:58:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Misi "Wawancara Pembinaan Bersama Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 China-ASEAN" yang terdiri daripada 20 wartawan dari 17 pengamal media negara anggota ASEAN telah mengunjungi CRRC Zhuzhou Locomotive Co., Ltd. (CRRC ZELC) China yang terletak di bandar Changsha, ibu kota provinsi Hunan pada 20 April lalu.

CRRC ZELC merupakan pusat penyelidikan dan pembangunan lokomotif elektrik yang terbesar di China.

Syarikat itu amat mengutamakan usaha meneroka pasaran rantau ASEAN, serta telah menubuhkan dua buah kilang dan satu syarikat usaha sama di Malaysia yang mengupah lebih 80 peratus pekerja tempatan.

Pihak CRRC ZELC berkata, syarikatnya akan merebut peluang daripada pelaksanaan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) bagi meningkatkan pelaburan di negara-negara anggota ASEAN, dan berkongsi pengalaman dan teknologi dengan mereka, di samping menjalinkan hubungan yang baik dengan lebih ramai rakan kerjasama.

Sumbangan yang dibuat oleh CRRC ZELC terhadap pertumbuhan ekonomi dan pembangunan masyarakat setempat telah mendapat pujian kerajaan Malaysia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China