Cari:
Yang Jiechi Ditemui Menteri Pertahanan Malaysia
2017-04-21 11:12:36 CRI Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi telah ditemui Menteri Pertahanan merangkap Menteri Tugas-tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di Zhongnanhai, Beijing semalam.

Yang Jiechi berkata, hubungan China-Malaysia menunjukkan trend perkembangan yang baik, malah pertukaran lawatan peringkat tinggi sering diadakan dan kerjasama pragmatik terus diperkasakan.

China bersedia untuk meningkatkan penyelarasan dalam strategik pembangunan kedua-dua pihak berdasarkan rangka pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R).

Beliau yakin dengan adanya usaha sama tersebut, hubungan perkongsian strategik komprehensif China-Malaysia akan mencapai kemajuan yang cemerlang.

Hishammuddin pula menyatakan bahawa Malaysia amat mementingkan hubungan dengan China dan menyokong inisiatif B&R.

Malaysia bersedia untuk meningkatkan kerjasama dengan China bagi mengeratkan persahabatan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China