Cari:
Sukarelawan Kumpulan Ke-8 dari China Mulakan Misinya di Laos
2017-04-22 14:02:16 CRI Cetak

Lapan sukarelawan dari Shanghai China yang melibatkan radio, pendidikan, perubatan, komputer dan sukan telah memulakan misi mereka yang selama setengah tahun di Laos bermula semalam.

Dalam upacara permulaan aktiviti tersebut yang diadakan di Vientiane semalam, Naib Setiausaha Jawatankuasa Pusat Liga Belia Laos menyampaikan terima khasih kepada kerajaan China atas sokongan terhadap kerajaan Laos terutamanya sokongan kepada kerja yang melibatkan kanak-kanak dan belia.

Kaunselor Bahagian Ekonomi dan Perniagaan Kedutaan Besar China ke Laos, Wang Qihui menyatakan bahawa aktiviti ini merupakan komponen penting dalam usaha bantuan China terhadap Laos. Beliau berharap sukarelawan tersebut menjalankan misi mereka dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan sumbangan kepada hubungan persahabatan China-Laos.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China