Cari:
Pesta Sukan Luar dan Pelancongan China-ASEAN pada Mei
2017-04-26 13:42:03 CRI Cetak

Persatuan Aktiviti Mendaki Gunung China semalam memaklumkan bahawa Pesta Sukan Luar dan Pelancongan China-ASEAN 2017 akan dirasmikan di kaunti Mashan, Nanning, Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi China pada 6 Mei nanti.

Pelbagai sukan dan aktiviti luar termasuk pertandingan maraton dan mendaki tebing akan diadakan sempena pesta tersebut.

Setelah berjaya menyumbang seribu pasang kasut lari dalam Pertandingan Maraton Rentas Gunung China-ASEAN tahun lalu, Pesta Sukan Luar dan Pelancongan China-ASEAN tahun ini juga akan bekerjasama dengan pertubuhan, syarikat dan tokoh-tokoh untuk mengadakan aktiviti amal, menderma wang untuk membantu pembinaan fasiliti sukan luar dan pembelian pelbagai kemudahan berkenaan di kaunti Mashan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China