Sidang Kemuncak ASEAN ke-30 diadakan di Manila, Filipina bermula 26 April lalu. Lebih 10 persidangan yang penting akan diadakan sempena sidang kemuncak ini. Kerajaan Filipina telah menempatkan 41 ribu orang untuk menjamin keselamatan sidang tersebut.
Ketua Polis Negara Filipina, Ronald Dela Rosa memberitahun media bahawa antara 41 ribu orang pengawal keselamatan itu termasuk 26 ribu anggota polis dan tentera serta 15 ribu pegawai awam yang dari 21 buah jabatan kerajaan.