Forum Global Fortune akan diadakan di bandar Guangzhou, China pada 6 hingga 8 Disember tahun ini. Naib Datuk Bandar Guangzhou, Cai Chaolin membawa delegasi Guangzhou melawat Singapura untuk mempromosi forum tersebut.
Menurut Cai Chaolin, walaupun Singapura hanya ada dua syarikat antara 500 syarikat terbesar di dunia, namun kebanyakan syarikat terbesar itu memilih Singapura sebagai tempat ibu pejabat rantau Asia Pasifik mereka. Oleh itu, Guangzhou berharap dapat berkomunikasi dengan syarikat-syarikat itu, supaya membantu mereka lebih mengenali Guangzhou.
Cai menambah bahawa Guangzhou dan Singapura mempunyai hubungan persahabatan yang rapat sejak zaman dahulu. Kedua-dua pihak mempunyai asas dan platform kerjasama yang amat baik seperti program Bandar Pengetahuan China-Singapura.