Cari:
China Hulurkan Bantuan untuk Bina Dua Sekolah di Myanmar
2017-04-30 14:14:55 CRI Cetak

Dua sekolah anak yatim piatu yang dibina dengan sumbangan Kedutaan Besar China ke Myanmar di Myitkyina, ibu kota negeri Kachin, utara Myanmar mula digunakan Jumaat lalu.

Dalam upacara perasmian, Duta Besar China ke Myanmar, Hong Liang menyatakan bahawa anak yatim piatu di sekolah itu kehilangan ibu bapa dalam peperangan. Tiada keamanan, maka tidak pembangunan. China akan terus memainkan peranan sendiri dalam menggalakan rundingan damai dalam proses damai di negeri Kachin, Myanmar. Dalam pada itu, China akan terus memberikan bantuan kepada negeri Kachin dalam pembangunan sosial, pendidikan dan kesihatan.

Dijangka lebih 20 buah sekolah yang disenaraikan dalam projek pembinaan "sekolah persahabatan China-Myanmar" akan mula digunakan sebelum hujung tahun ini.

Dalam pada itu, China turut menawarkan "biasiswa persahabatan China-Myanmar" kepada pelajar dari keluarga miskin dan memberikan sokongan kepada pelajar unggul yang tamat dari "sekolah persahabatan China-Myanmar" untuk melanjutkan pengajian di China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China