Cari:
Kunjungan Presiden Filipina Lambang Saling Mempercayai
2017-05-03 15:40:13 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar semalam berkata, tindakan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengunjungi kapal perang China disambut baik oleh kerajaan China, sekali gus menandakan rasa saling mempercayai dalam politik antara China dengan Filipina kian meningkat.

Beliau berkata, hubungan China dan Filipina semakin pulih secara menyeluruh melalui usaha bersama kedua-dua pihak pada tahun lalu.

Pelbagai kerjasama pragmatik telah berjaya dilaksanakan, malah beberapa bidang telah menunjukkan kemajuan.

Kejayaan tersebut membawa faedah kepada rakyat kedua-dua negara, di samping membuktikan bahawa kerjasama yang berteraskan persahabatan dan semangat kejiranan yang baik adalah selaras dengan kepentingan asas rakyat.

China bersedia untuk bersama-sama dengan Filipina meningkatkan rasa saling mempercayai dan menggalakkan hubungan kedua-dua negara berkembang dengan sihat dan stabil.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China