Cari:
Syarahan Pencapaian Budaya Tinggi dalam Kalangan Masyarakat Malaysia di BFSU
2017-05-08 15:19:32 CRI Cetak

Transformasi Nasional 50 (TN50) mesti mempunyai jiwa budaya tinggi jika mahu diterima sebagai piagam perjuangan pada masa depan. Begitu juga dari aspek perpaduan kaum di tanah air kita. Demikian dinyatakan Penasihat Sosiobudaya Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim ketika menyampaikan syarahan di Universiti Pengajian Asing Beijing (BFSU) pagi tadi.

Dalam syarahan yang bertajuk "pencapaian budaya tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia", Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, rakyat Malaysia mesti mempunyai keyakinan yang teguh dalam prinsip "bersatu dalam kepelbagaian" budaya, agama dan kepercayaan, selain kecenderungan dan pegangan politik.

Manakala, bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu harus disandarkan keyakinan pada masa hadapan dengan usaha serta perjuangan yang mampan menerusi kedudukannya sebagai bahasa ilmu, bahasa perdagangan serta bahasa komunikasi utama.

Selain itu, kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak diharap dapat meneruskan pusaka nasional yang amat berharga itu, selaras dengan resolusi Kongres Budaya 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China