Cari:
"Poros Maritim Dunia" Indonesia Selaras dengan "B&R"
2017-05-09 15:23:31 CRI Cetak

Kedudukan Indonesia yang terletak antara Lautan Pasifik dengan Lautan Hindi telah menjadikan negara tersebut hab pengangkutan maritim yang strategik.

Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) buat kali pertama mengemukan konsep "Poros Maritim Dunia" dalam ucapannya ketika menyandang jawatan Presiden Indonesia pada bulan Oktober 2014.

Dalam sidang kemuncak Asia Timur yang diadakan pada bulan November tahun yang sama, Jokowi telah menjelaskan konsep tersebut dengan terperinci, sekali gus menandakan bahawa "Poros Maritim Dunia" telah menjadi strategi pembangunan Indonesia secara rasmi.

Duta Besar Indonesia, Soegeng Rahaidjo, ketika diwawancara oleh wartawan, menyifatkan inisiatif China, iaitu Laluan Sutera Maritim Abad ke-21 sebagai selaras dengan strategi "Poros Maritim Dunia" Indonesia.

Usaha menyelaraskan pelaksanaan kedua-dua strategi itu dengan berkesan amat penting bagi kedua-dua negara.

Sehubungan dengan itu, projek pembinaan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung bukan sahaja merupakan pencapaian awal dalam usaha menyelaraskan pelaksanaan strategi Indonesia-China, malah merupakan contoh yang signifikan dalam kerjasama kapasiti industri China dengan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China