Cari:
Persatuan Syarikat China Malaysia dan ACCIM Tandatangani MoU
2017-05-10 13:22:16 CRI Cetak

Persatuan Syarikat China Malaysia dan Gabungan Dewan Perdagangan dan Industri Cina Malaysia (ACCIM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Kuala Lumpur semalam.

Ketua Persatuan Syarikat China Malaysia, Wang Hongwei dalam ucapannya berkata, penandatanganan MoU itu menunjukkan bukti yang jelas bahawa sektor korporat kedua-dua negara komited melaksanakan inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), menggalakkan kerjasama kapasiti industri antarabangsa, mendorong kerjasama antara usahawan kedua-dua negara dan memupuk rasa saling mempercayai antara satu sama lain demi pembangunan bersama.

Kini, semakin banyak syarikat China melabur di Malaysia, bahkan memilih Malaysia sebagai ibu pejabat serantau mereka.

Sumbangan syarikat China terhadap pembangunan ekonomi Malaysia semakin bertambah, manakala ekonomi dan perdagangan dua hala semakin kukuh.

Presiden ACCIM, Datuk Ter Leong Yap pula berkata, hubungan dalam bidang ekonomi dan perdagangan antara Malaysia dengan China yang semakin stabil telah membawa manfaat kepada kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Pihaknya akan terus meningkatkan kerjasama bagi menggalakkan kerjasama perdagangan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China