Cari:
Forum Peringkat Tinggi Kumpulan Pemikir China-Myanmar di Yunnan
2017-05-11 16:43:50 CRI Cetak

Forum Peringkat Tinggi Kumpulan Pemikir China-Myanmar telah diadakan julung-julung kalinya di Mangshi, Yunnan China semalam.

Para pegawai dan sarjana daripada kumpulan pemikir kedua-dua negara telah bertukar-tukar pendapat mengenai pertukaran kebudayaan, kerjasama ekonomi dan perdagangan serta dasar luar, di samping membincangkan kaedah untuk mewarisi persahabatan "Paukphaw" dan mengintensifkan kerjasama dua hala berdasarkan aspirasi rakyat.

Konsul Jeneral Myanmar ke Kunming China, U Soe Paing dalam ucapannya berharap pakar dan sarjana kedua-dua negara dapat mengemukakan cadangan bagi kerjasama kedua-dua pihak dalam pelbagai bidang, dengan ikhlas dan penuh kemesraan.

Para peserta pula berharap dapat membina platform pertukaran dan menjalinkan kerjasama antara kumpulan pemikir China dengan Myanmar, mewujudkan komunikasi yang berkesan bagi membentuk mekanisma dialog yang berpengaruh demi menyumbang kepada kerjasama China-Myanmar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China