Cari:
China, Brunei Galakkan Penyelarasan Strategi dengan B&R
2017-05-12 11:30:54 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Ahli Dewan Negara China, Yang Jiechi mengadakan pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan ІІ Brunei Darussalam, Dato Seri Setia Lim Jock Seng yang menghadiri mesyuarat peringkat tinggi Forum Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) di Beijing pada 11 Mei lalu.

Dalam pertemuan itu, Yang berkata, hubungan bilateral antara China dengan Brunei berkembang pesat pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Brunei dianggap sebagai sahabat dan rakan seperjuangan yang boleh dipercayai bagi China.

China bersedia untuk mengekalkan pertukaran peringkat tinggi dengan Brunei selaras dengan pelaksanaan inisiatif "B&R", menggalakkan penyelarasan strategi, mengintensifkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang, sekali gus memastikan hasil kerjasama dapat dinikmati oleh rakyat kedua-dua negara.

Lim Jock Seng menyanjung tinggi hubungan bilateral antara Brunei dengan China.

Beliau berkata, negaranya bersedia untuk mengintensifkan kerjasama dua hala berdasarkan rangka inisiatif "B&R" bagi mendorong hubungan dua hala terus berkembang maju pada masa depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China