Cari:
Malaysia Main Peranan Penting dalam Pelaksanaan Inisiatif B&R
2017-05-12 11:24:27 CRI Cetak

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa kedudukan geografi Malaysia yang amat istimewa membolehkan Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pelaksanaan inisiatif Jalur dan Laluan (B&R).

Najib akan mengetuai delegasi Malaysia dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang bakal diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei ini.

Dalam rencana yang disiarkan melalui blog peribadinya, Najib berkata, forum itu amat penting kerana Malaysia turut memperoleh manfaat daripada inisiatif tersebut.

Beliau yakin rakyat Malaysia akan meraih manfaat daripadanya, di samping meningkatkan hubungan negara lain melalui penyertaan pembinaan inisiatif B&R.

Tambah beliau lagi, lawatan kali ini diyakini akan amat berhasil bagi kedua-dua negara, malah hubungan dua hala juga akan dapat ditingkatkan.

Selain itu, kerjasama dalam bidang pelaburan, perdagangan dan perniagaan juga pasti melonjak ke tahap yang lebih tinggi.

Menurut maklumat terkini, Najib telah pun di Hangzhou, Zhejiang China pagi tadi untuk melawat ke ibu pejabat Alibaba Group di sana.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China