Sehubungan dengan itu, Filipina dan China mempunyai ruang kerjasama yang luas dan yakin inisiatif B&R akan memperluas hubungan ekonomi dan perdagangan kedua-dua negara, sekali gus membawa manfaat kepada rakyat Filipina.
Menurut Duterte, matlamat inisiatif B&R adalah untuk menggalakkan pembangunan ekonomi negara yang terlibat dalam B&R.
Oleh itu, China sedang mempercepat kesalinghubungan dengan semua negara yang terlibat dalam B&R.
Duterte memuji inisiatif B&R sebagai inisiatif yang berpandangan jauh dan berdasarkan naluri manusia yang ingin saling membantu.
Filipina adalah negara pengerusi bergilir ASEAN bagi tahun ini.
Duterte menyatakan bahawa kehadiran beliau dalam Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R adalah untuk mewakili Filipina dan ASEAN.
Beliau berharap kesalinghubungan antara negara ASEAN, terutamanya Filipina dengan China akan segera ditingkatkan melalui dialog yang berterusan dengan China.
Tambah beliau, inisiatif B&R bukanlah aktiviti yang diadakan sekali sahaja, bahkan akan dilaksanakan pada beberapa tahun akan datang hingga membuahkan hasil.
Dalam tempoh forum tersebut, beliau akan berbincng dengan para hadirin lain bagi memastikan B&R dapat dilaksanakan di Filipina dan seluruh ASEAN.