Cari:
Perdagangan China-Vietnam Hampir Cecah USD 100 Bilion
2017-05-13 14:32:15 CRI Cetak

Menurut maklumat didedahkan dalam Forum Kerjasama Ekonomi Perdagangan China-Vietnam di Beijing semalam, jumlah perdagangan dua hala telah mencatat rekod baharu, iaitu USD 98.2 bilion (RM427 bilion) pada tahun 2016. Kini, China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi Vietnam, dan juga pasar eksport terbesar bagi produk hasil pertanian Vietnam.

Menteri Rancangan dan Pelaburan Vietnam, Nguyen Chi Dung menyatakan bahawa Vietnam baru-baru ini berusaha menyempurnakan mekanisme ekonomi pasaran, dan memperbaiki persekitaran operasi pelaburan dalam negeri untuk menarik lebih banyak pelaburan korporat asing. Kini terdapat sejumlah besar syarikat China menjalankan urus niaga di Vietnam dengan merealisasikan pelaburan sebanyak USD 11.2 bilion (RM48.7 bilion) yang dilihat sebagai sumbangan penting kepada pembangunan ekonomi negara itu.

Pada waktu yang sama, Vietnam sudah menggantikan Malaysia menjadi rakan dagang terbesar bagi China antara negara-negara ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China