Cari:
Wakil Tetap Malaysia di PBB: "B&R" Mampu Dorong Pencapaian Matlamat Pembangunan Berterusan
2017-05-13 15:05:38 CRI Cetak

Wakil Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Dato' Muhammad Shahrul Ikram Yaakob ketika menerima wawancara bersama media bahasa Mandarin di New York kelmarin menyatakan bahawa "Jalur dan Laluan" (B&R) bermanfaat bagi ekonomi dan kesalinghubungan serantau dan dipercayai akan mendorong pencapaian matlamat pembangunan berterusan 2030 PBB.

Dato' Muhammad berkata, inisiatif "B&R" yang dikemukakan China ini mempunyai aspirasi yang besar. Enam koridor ekonomi dalam inisiatif tersebut berkait rapat dengan penerokaan infrastruktur. Beliau yakin kesalinghubungan serantau, pertumbuhan ekonomi dan kehidupan rakyat akan mendapat faedah daripada pembangunan enam koridor ekonomi tersebut.

Dato' Muhammad juga berkata, draf resolusi yang berkaitan dengan "B&R" telah diluluskan oleh Majlis Keselamatan dan Perhimpunan Agung PBB. Ini menandakan inisiatif ini telah mendapat sokongan dari banyak negara anggota PBB. Menurut beliau, inisiatif yang berkaitan dengan matlamat pembangunan berterusan ini, dilihat dapat mendorong pencapaian matlamat tersebut yang merangkumi bidang-bidang seperti pembasmian kemiskinan, pertumbuhan ekonomi dan peluang kerja, pembinaan infrastruktur dan inovasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China