Cari:
B&R Selari dengan Rancangan Pembangunan Negara Kemboja
2017-05-13 15:39:05 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang dilihat mengambil kira penyelarasan dalam pelaksanaan dasar pembangunan China dengan negara-negara rakannya, selaras dengan rancangan pembangunan negara Kemboja.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen berkata demikian ketika menerima wawancara bersama secara bertulis oleh Radio Antarabangsa China (CRI), Agensi Berita Xinhua, Akhbar Renmin Ribao dan Akhbar China Youth Daily sebelum bertolak ke Beijing untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R yang diadakan di Beijing pada 14 hingga 15 Mei, di samping membuat lawatan rasmi ke China.

Hun Sen berkata, forum kali ini dianggap sebagai satu platform bagi negara-negara berkenaan untuk berkongsi persepsi, mengintensifkan kesalinghubungan dan mempererat interaksi dan pertukaran.

Beliau dalam forum tersebut akan menyampaikan dua ucaptama yang bertemakan "menggalakkan usaha sepadu dalam pelaksanaan dasar" dan "memupuk rasa saling memahami di kalangan rakyat".

Kemboja amat menyokong pelaksanaan inisiatif B&R dan memilih secara proaktif melibatkan diri dalam pelbagai program pembinaan berkenaan.

Dalam rangka B&R, negaranya dengan China sedang berganding bahu dalam memajukan kerjasama dua hala dan pembangunan kedua-dua negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China