Cari:
China, Malaysia Ikrar Buahkan Hasil Berlimpah dalam Pembinaan B&R
2017-05-14 09:41:24 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Hubungan China dengan Malaysia pada ketika ini sedang berada dalam tempoh keemasan dalam sejarah.

China bersedia bekerjasama dengan Malaysia untuk membuat cetak biru perkembangan hubungan dua hala agar menggalakkan Perkongsian Strategik Komprehensif China-Malaysia membuahkan hasil yang amat memberangsangkan.

Presiden China, Xi Jinping menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa "Jalur dan Laluan" (B&R) di Dewan Kongres Rakyat Beijing pada 13 Mei lalu.

Presiden Xi menegaskan bahawa China dan Malaysia sentiasa secara proaktif menyelaraskan pelaksanaan inisiatif Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada beberapa tahun kebelakangan ini.

Kedua-dua negara patutlah terus mempercepat kerjasama dalam projek pembinaan taman perindustrian dan perkhidmatan kereta api.

Beliau turut berharap kerjasama bilateral antara China dengan Malaysia dapat membuahkan hasil-hasil yang berlimpah-limpah dalam pembinaan B&R pada masa depan.

Najib berkata, Malaysia merasa amat gembira kerana persepakatan kerjasama dua hala sedang dilaksanakan dengan lancar pada ketika ini.

Malaysia beriltizam untuk terus menggalakkan hubungan bilateral berkembang ke arah yang lebih tinggi dan meluas, sekali gus mengintensifkan kerjasama dalam sektor perdagangan, pelaburan, pembinaan prasarana, sosiobudaya dan antikeganasan.

Memandangkan Inisiatif B&R telah membawa perubahan yang cukup besar bagi rantau ini bahkan seluruh dunia, Malaysia memilih secara proaktif melibatkan diri dalam kerjasama berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China