China bersedia menyelaraskan inisiatif 'Jalur dan Laluan' (B&R) dengan strategi negara Laos untuk menjalankan kesalinghubungan dengan negara-negara jiran, di samping memastikan projek kerjasama China-Laos, termasuk projek pembinaan landasan kereta api dan Zon Ekonomi Sempadan Khas (SBEZ) dapat dilaksanakan dengan lancar.
Di samping itu, kerjasama dua hala dalam bidang pembinaan prasarana, eksplorasi dan penerokaan sumber tenaga, pertanian serta janakuasa elektrik akan terus diperkasakan pada masa depan.
Perdana Menteri China, Li Keqiang menyatakan demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Presiden Laos, Bounngang Vorachith yang datang untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa B&R di Dewan Kongres Rakyat di Beijing pada petang 13 Mei lalu.
Li berkata, China mementingkan peranan penting yang dimainkan oleh Laos dalam hal-ehwl serantau, dan bersedia meningkatkan komunikasi dan koordinasi dengan Laos dalam hubungan China-ASEAN dan mekanisme kerjasama Sungai Lancang-Mekong.
Bounngang Vorachith berkata, Perkongsian Kerjasama Komprehensif Laos-China pasti akan terus berkembang maju dalam usaha sepadu kedua-dua negara yang merupakan komuniti berkongsi nasib bersama yang saling mempercayai.