Cari:
Li Keqiang Ditemui Perdana Menteri Malaysia
2017-05-14 09:24:45 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang ditemui rakan sejawatnya dari Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang datang untuk menghadiri Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) di Dewan Kongres Rakyat di Bejing petang semalam.

Li Keqiang menyatakan bahawa China memberikan perhatian kepada usaha mengembangkan hubungan dengan Malaysia, memuji sahutan Malaysia terhadap inisiatif B&R, China bersedia mengintensifkan penyelarasan strategi pembangunan dengan Malaysia, bersama-sama melaksanakan persepakatan kerjasama yang tercapai yang melibatkan pelbagai bidang, antaranya termasuk terus menyokong pembinaan dan pembangunan Taman Industri Qinzhou China-Malaysia dan Taman Industri Kuantan Malaysia-China, menggalakkan kerjasama dalam projek Taman Industri Melaka di samping memperluas kerjasama pembinaan infrastruktur termasuk landasan kereta api.

Serentak itu, China berharap Malaysia sebagai anggota ASEAN yang penting terus memainkan peranan yang bersifat membina dalam menggalakkan perkembangan hubungan China-ASEAN.

Najib pula menyatakan bahawa Malaysia bersedia memperkukuh trend perkembangan hubungan dua hala yang baik sekarang, dan menggalakkan kerjasama dalam pelbagai bidang untuk menyuntik tenaga penggerak baharu kepada pembinaan inisiatif B&R.

Selepas berakhirnya pertemuan ini, kedua-dua pemimpin tersebut turut menyaksikan penandatanganan dokumen kerjasama dua hala yang melibatkan penyelarasan strategi pembangunan, perkhidmatan kuarantin dan pemeriksaan serta infrastruktur.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China