Cari:
Integrasi ASEAN Dipercepat Melalui Penyelarasan dengan Inisiatif B&R
2017-05-14 10:34:42 CRI Cetak

Sempena Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (B&R) diadakan di Beijing, pegawai dan mendia daripada negara ASEAN telah membincangkan dengan terperinci inisiatif B&R, dan menganggap penyelarasan dengan inisiatif B&R akan membantu mempercepat pembinaan integrasi ASEAN dan komuniti ASEAN.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam rencananya yang disiarkan akhbar South China Morning Post menyatakan bahawa Jalan Sutera telah membentangkan cerita tentang fikiran dan perdagangan yang terbuka kepada luar yang terbukti membawa manfaat kepada semua negara yang terletak di sapanjang jalan itu, sekarang inisiatif B&R telah mewarisi semangat dari cerita purba itu. Negara-negara ASEAN menyedari bahawa situasi menang-menang akan benar-benar diwujudkan melalui projek pembinaan infrastruktur B&R.

Portal berita yang paling besar di Filipina, Rappler menyiarkan rencana yang menyatakan bahawa kehadiran Presiden Filipina dalam forum tersebut membuktikan sokongan Filipina terhadap inisiatif B&R.

Agensi Berita Negara Laos memetik perkataan Presiden Laos, Boungnang Vorachith sebagai menyatakan bahawa inisiatif B&R telah meningkatkan kerjasama dan kesalinghubungan serantau, dan menyediakan peluang kepada negara membangun untuk mewujudkan situasi menang-menang pada zaman globalisasi ini.

Menurut maklumat berkenaan, Thailand telah menghantar Menteri Luar, Menteri Pengangkutan, Menteri Perdagangan, Menteri Ekonomi Digital dan Sosial dan Menteri Sains dan Teknologi untuk menghadiri forum kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China