Cari:
Pemimpin ASEAN Ucap Tahniah Atas Kejayaan BRF
2017-05-17 15:01:52 CRI Cetak

Para pemimpin dari pelbagai negara ASEAN menyanjung tinggi dan menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran Forum Kemuncak Kerjasama Antarabangsa Jalur dan Laluan (BRF) kali ini.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan bahawa Malaysia adalah antara negara yang paling awal menyokong inisiatif Jalur dan Laluan (B&R) anjuran China kerana beliau yakin Malaysia akan mendapat faedah dalam pembangunan B&R.

Menurut beliau, dalam rangka B&R, pelbagai negara yang terlibat akan berkongsi hasil pembangunan ekonomi China yang pesat, yang juga akan mendorong kemakmuran dan pembangunan ekonomi negara-negara berkenaan, sekali gus mewujudkan situasi menang-menang. Beliau berkata, inisiatif yang amat bermakna ini akan membawa perubahan besar kepada seluruh rantau bahkan dunia. Najib menegaskan, Malaysia bersedia untuk menyertai kerjasama berkenaan secara aktif.

Menurut Presiden Indonesia, Joko Widodo, Indonesia menyanjung tinggi inisiatif B&R serta forum kali ini dan yakin pembangunan B&R akan membawa lebih banyak peluang bagi kerjasama ekonomi antara Indonesia dengan China. Indonesia bersedia untuk meningkatkan kerjasama ekonomi, perdagangan dan pelaburan, membincangkan pembinaan koridor kesalinghubungan ekonomi, khususnya projek-projek mega dalam bidang perindustrian, pertanian, tenaga elektrik, pelabuhan dan pelancongan, di samping meningkatkan pertukaran sosiobudaya dalam rangka B&R.

Beliau menambah, Indonesia bersedia untuk meningkatkan penyelarasan dengan China dalam urusan serantau dan antarabangsa dan menyokong hubungan China-ASEAN berkembang dengan stabil.

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte juga menyampaikan ucapan tahniah atas kejayaan penganjuran BRF, selain menyatakan bahawa inisiatif B&R akan menggalakkan kesalinghubungan dan pertumbuhan ekonomi di Asia, di samping menyediakan peluang pekerjaan dan membawa kemakmuran kepada Filipina.

Menurut beliau, persahabatan Filipina-China semakin erat dan kedua-dua negara kini rakan dagang yang penting, manakala dialog dalam pelbagai bidang juga semakin pulih.

Filipina merakamkan penghargaan atas sokong China dalam bidang politik, ekonomi, kempen antidadah, dan lain-lain serta bersedia untuk merapatkan hubungan dengan China, mempergiat dan memperluas kerjasama yang saling menguntungkan dan menggalakkan pertukaran sosiobudaya bagi mengeratkan lagi ikatan hubungan Filipina-China.

Duterte menegaskan, Filipina akan berusaha meningkatkan hubungan kerjasama antara ASEAN dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China